Maklumat Projek Kajian

Pembangunan Rangka Kerja ‘Community of Inquiry’ Di Universiti Penyelidikan Malaysia Dari Perspektif Keberkesanan Pembelajaran Dalam Talian

Penyelidik: Choo Teng Seng, Prof. Hazri Jamil and Dr Thien Lei Mee
Keizinan Peserta Kajian

Pembangunan Rangka Kerja ‘Community of Inquiry’ Di Universiti Penyelidikan Malaysia Dari Perspektif Keberkesanan Pembelajaran Dalam Talian

Penyelidik: Choo Teng Seng, Prof. Hazri Jamil and Dr Thien Lei Mee

Maklumat Projek Kajian
(Semua Universiti Penyelidikan Di Malaysia)

PENGENALAN

Anda adalah dipelawa untuk menyertai satu kajian penyelidikan secara sukarela. Kajian ini adalah berkaitan dengan penemuan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dalam talian pelajar yang mengikuti kursus siswazah di lima buah Universiti Penyelidikan Malaysia. Lebih kurang 500 pelajar akan terlibat dalam kajian ini.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Model Keberkesanan Pembelajaran Dalam Talian berdasarkan ‘Community of Inquiry’ untuk pengajian di universiti-universiti Malaysia.

KELAYAKAN PENYERTAAN

Penyertaan anda dalam kajian ini akan mengambil masa sekitar 20 minit untuk menjawab semua soalan dalam dua soal selidik. Soal selidik pertama akan memakan masa sekitar 15 minit untuk dilengkapkan. Manakala, soal selidik kedua pula akan mengambil masa sekitar 5 minit untuk dilengkapkan.

Anda perlu memenuhi SEMUA syarat berikut untuk menyertai kajian penyelidikan ini:
1. Anda kini adalah pelajar siswazah yang aktif (Sarjana Mudah, Sarjana atau Doktor Falsafah) yang berdaftar dengan mana-mana Universiti Penyelidikan Malaysia berikut:

  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Anda telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus sepenuhnya dalam talian atau gabungan (sebahagian dalam talian) dalam tempoh enam bulan yang lalu. Kursus tersebut berlansung dalam satu semester and dikehendaki untuk memenuhi syarat penganugerahan ijazah.

3. Sekiranya anda sedang mengikuti kursus (masih dalam semester) , kursus anda mesti sudah berlangsung sekurang-kurangnya tiga suku (75%) berdasarkan kalendar akademik semester.

4. Anda mesti mempunyai alamat e-mel universiti rasmi yang sah.

RISIKO DAN SENSITIVITI

Tidak ada risiko fizikal dan psikologi yang dapat dijangka berkaitan dengan penyertaan anda dalam kajian ini. Penyertaan anda melibatkan aktiviti menjawab tinjauan atas talian melalui peranti mudah alih atau komputer anda sahaja. Soalan-soalan dalam tinjauan hanya berkaitan dengan pengalaman anda dalam kursus dalam talian / campuran.

Soal selidik tersebut tidak mengandungi soalan sensitif peribadi atau masyarakat. Soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan kepuasan, pengalaman belajar dan hasilan pembelajaran anda mengenai salah satu kursus yang berlangsung dalam jangka masa satu semester dalam talian/campuran pilihan anda.

PENGURUSAN DATA

Data yang dikumpulkan dilindungi dengan ketat dalam pangkalan data yang dienkripsikan dengan protocol SSL dan hanya dapat diakses oleh penyelidik dengan kata laluan. Kesulitan maklumat peserta terjamin kerana tidak akan ada maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam soal selidik. Hanya maklumat tanpa nama yang akan digunakan dalam analisis dan pelaporan. Data yang dikumpulkan akan diarkibkan dalam fail yang dilindungi kata laluan setelah objektif kajian tercapai. Penyelidik boleh menggunakan data arkib untuk menyokong kajian masa depan dalam masa 5 tahun setelah kajian ini telah diselesai. Data akan dihapus secara kekal setelah tempoh pengekalan 10 tahun yang diwajibkan oleh penerbit jurnal.

KONFLIK KEPENTINGAN

Kajian ini dilakukan semata-mata untuk tujuan akademik dan keilmuan. Tidak ada rancangan untuk menggunakan penemuan kajian ini dalam penghasilan produk komersial. Penyelidik tidak menerima sebarang bentuk insentif komersial dan juga tidak akan memperoleh apa-apa bentuk faedah kewangan dari kajian ini di masa depan.

PENYERTAAN DALAM KAJIAN

Penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela. Anda berhak menolak untuk menyertai kajian ini atau menamatkan penyertaan anda pada bila-bila masa, tanpa sebarang kehilangan manfaat yang sepatutnya anda perolehi.

Penyertaan anda juga mungkin boleh diberhentikan oleh kakitangan kajian ini tanpa persetujuan anda sekiranya anda didapati tidak sesuai untuk meneruskan kajian ini berdasarkan protokol kajian.

KELULUSAN ETIKA

Kajian ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (JEPeM) USM. No Ruj: USM/JEPeM/20100525

PERSOALAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai prosedur kajian ini atau hak-hak anda, sila hubungi mengisi borang hubungan:

Choo Teng Seng
Institute Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
Bayan Lepas, Penang
Email: tengseng@student.usm.my
Mobile Phone: 013-3503543

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan kelulusan Etika atau sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan kajian ini, sila hubungi:

Miss Nor Amira Khurshid Ahmed
Secretariat of Human Research Ethics Committee USM
Research Creativity & Management Office (RCMO)
USM Main Campus, Penang
Tel. No. : 04-6536537
Email: noramira@usm.my

PRIVISI DAN KERAHSIAAN

Maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan oleh kakitangan kajian. Ianya tidak akan dedahkan secara umum melainkan jika ia dikehendaki oleh undang-undang.

Data yang diperolehi dari kajian ini tidak akan mengenalpasti anda secara perseorangan. Hasil kajian mungkin akan diterbitkan untuk tujuan perkongsian ilmu.

Semua borang kajian dan data asal yang anda berikan mungkin akan disemak oleh pihak penyelidik, Lembaga Etika kajian ini dan pihak berkuasa regulatori bagi tujuan mengesahkan prosedur dan/atau data kajian. Maklumat anda akan disimpan dalam komputer dan hanya kakitangan kajian yang dibolehkan sahaja dibenarkan untuk mendapatkan dan memproses data tersebut.

Sekiranya anda tidak mahu data anda yang dikumpul dalam soal selidik kaji ini digunakan dalam projek penyelidikan di masa depan, sila hubungi penyiasat utama.

Dengan menyetujui syarat-syarat dalam lembaran maklumat penyelidikan ini, anda membenarkan penelitian rekod soal selidik, penyimpanan maklumat dan pemprosesan data seperti yang dihuraikan di atas.

KEIZINAN PESERTA

Untuk menyertai kajian ini, anda mesti memberikan keizinan anda di halaman seterusnya.

Pemahaman Tentang Projek Kajian

Saya telah membaca semua maklumat dalam Borang Maklumat dan Keizinan Peserta ini termasuk apa-apa maklumat berkaitan risiko yang ada dalam kajian dan saya telah pun diberi masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan maklumat tersebut. Klik sini untuk maklumat projek kajian.

Kepuasan Tentang Maklumat Kajian Diberi

Semua soalan-soalan saya telah dijawab dengan memuaskan. Klik sini untuk tanya soalan.

Penyertaan Sukalera

Saya, secara sukarela, bersetuju menyertai kajian penyelidikan ini. mematuhi segala prosedur kajian dan memberi maklumat yang diperlukan dalam soal selidik apabila diminta.

Penamatan Penyertaan Kajian

Saya boleh menamatkan penyertaan saya dalam kajian ini pada bila-bila masa. Untuk arahan penamatan penyertaan kajian setelah borang soal selidik telah dihantar, klik sini untuk menghubungi penyelidik untuk tindakan selanjutnya.

Muat Turun Borang Keizinan Peserta

Saya boleh pilih untuk memuat turun borang keizinan peserta untuk disimpan. Untuk muat turun borang sila tekan sini.

Saya telah membaca syarat-syarat yang dinyatakan di atas dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini

Menekan butang di atas akan membawa anda
untuk meninjau halaman panduan kajian

Select Language